Khamis, 1 Disember 2011

oh..my favourite...



Pada sambutan Hari Guru yang lepas,kak Anita ada buat kuih ni...sedap rasanya.Ni baru nak try buat..tak tahula jadi ke tidak.Ni resepinya...


KUIH LOMPAT TIKAM
Bahan Lapisan Hijau
1 cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
3 cawan santan cair
1/2 cawan jus pandan + pewarna hijau
1 s/k air kapur
secubit garam


Cara
1. Panaskan kukusan dan sapu minyak pada loyang.
2. Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
3. Masakkan adunan diatas api sebentar dan masukkan dalam loyang dan kukus selama 15 minit.
4. Bila dah masak cakarkan sikit permukaan kueh supaya memudahkan bahagian lapisan santan melekat.




Bahan Lapisan Putih
1.5 cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
4 cawan santan pekat
1 s/k garam


Cara
1. Campurkan semua bahan dan tapiskan.
2. Masakkan bahan kuih ini sekejap diatas api.
3. Tuangkan adunan diatas lapisan hijau.
4. Kukuskan selama 15 minit dan sejukkan
5. Bila dah sejuk potong kueh dan hidangkan dengan air gula merah.


Air Gula Merah
Bahan
1 cawan gula merah
1 cawan gula biasa
2 cawan air
1 helai daun pandan [ koyakkan]


Cara
1. Masakkan semua bahan sehingga mendidih.
2. Tapiskan dan hidangkan bersama kuih lompat tikam.

oh..Sate...


Sate( Perap)
(bergantung pada kuantiti ayam @ daging)

-Bawang Besar
-Serai
-Serbuk Kunyit (lebih biar cantik warnanya)
-Halia
-Lengkuas
-Jintas manis
-Jintas Putih
-Serbuk Ketumbar
-Garam 9sikit je)
-Gula (lebih biar rasa manis sikit)
* Semua bahan2 di atas hendaklah dikisar halus ye* hiiii
* then rahsianya kalu boleh jintan2 dan ketumba tadi disangai terlebih dahulu sebelum dikisar halus*
Then peraplah semalaman... cucuk pada lidi, bakar..makan nyum3x!! heh

Kuah Kacang:
-Kacang Tanah di goreng bersama kulit2nya dengan minyak.
-Then Blend kacang tadi bersama kulit2nya dengan blend basah..(blend bersama air)
-ok, then masukkan dlm periuk dan di rebus terlebih dahulu (air lebih pun xpe sebab nnti kalu kurang air akan jadi kerak kacangnya nnti hangit lak..gerseng org jawa kata;)- sampai kembang kacangnya ye.

-ok, di periuk yang lain, masukkan minyak masak
-then masukkan seinci kayu manis, tumis jap
-masukkan bahan2 tumis:
Bawang Besar
Bawang Putih
Serai
secamca Jintan Manis
secamca jintan putih (sikit je)
Ikan Bilis sepiring (blend mentah)

-tumis sampai naik minyak dan naik baunya
-Then masukkan Cili Kering kisar dan tumis lagi sampai kering dan nampak merahnya
-masukkan gula merah, gula halus dan secukup rasa garam. biar manis lebih sikit
-pastu masukkanlah sikit asam jawa secukup rasa..
-kalu nak sedap lagi bubuh sikit buah keras klu ada...

ok, dah complete masukkan bahan2 tumis ni ke dalam periuk kacang yang dah direbus tadi... adjust2 sikit rasanya..dah ok, nyum3x cecah dgn sate dan nasi impit!! heeheeee

Aiskrim Kastad



Bahan-Bahan:

1. 1 bungkus agar-agar
2. 3 sudu tepung karstad
3. 300 gm gula kastor
4. 1 tin susu cair

Cara:

* Masukkan gula kastor dan susu cair ke dalam mesin adunan dan pukul sehingga kembang.
* Masak agar-agar dengan sedikit air sehingga cair dan masukkan tepung karstad yang telah di bancuh dengan air masak bersama agar-agar sehingga menjadi pekat.
* Kemudian masukkan kedalam mesin adunan dan di pukul sehingga kembang.
* Setelah kesemua bahan telah di pukul kembang masukkan ke dalam bekas dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.